JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita di sebuah pejabat ejen insurans, dekat Kota Tinggi semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkat,a pihaknya menahan lelaki berusia kira-kira 50-an itu di kawasan bandar (Kota Tinggi) pada pukul 6.15 petang.
“Suspek dapat ditangkap dalam tempoh kurang 24 jam selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu pada 8.30 pagi semalam (Khamis).
“Pihak polis mengucapkan terima kasih atas pemberi maklumat sehingga membolehkan tangkapan dapat dibuat dengan segera,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Kota Tinggi pagi ini untuk permohonan reman. – Bernama











