JOHOR BAHRU 6 April – Seorang lelaki warga Singapura maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori yang berada di lorong kiri di Kilometer 7.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dalam kejadian itu, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha YBR 125 seorang diri dalam perjalanan dari Kota Tinggi menghala ke pusat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya