Lelaki parah terjatuh akibat mabuk - Utusan Malaysia

Lelaki parah terjatuh akibat mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 April – Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas terjatuh dari jambatan akibat mabuk berhampiran Dataran Merdeka di sini petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Rudy Abdullah berkata, mangsa berusia 42 tahun terjatuh dari jambatan berkenaan sebelum disedari orang awan yang berada di lokasi kira-kira pukul 3.52 petang.

“Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tiba di lokasi kemudian membantu memberikan rawatan awal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya di sini hari ini.

Tambah Rudy, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mabuk ketika berjalan di jambatan berkenaan.

“Keadaan mangsa kini stabil dan sedar selepas menerima rawatan lanjut dari HKL.

“Mangsa dipercayai tinggal di negara ini sejak setahun lalu dan bekerja di ibu negara,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini