Lelaki maut, rakan parah motosikal langgar pembahagi jalan - Utusan Malaysia

Lelaki maut, rakan parah motosikal langgar pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH 30 April – Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya parah setelah motosikal dinaiki mereka melanggar besi pembahagi jalan di Kilometer 327.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Nahas pada pukul 6.45 pagi itu mengakibatkan penunggang, Muhamad Safuan Azran Aznan, 23, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemboncengnya, Muhammad Muhaimin Parizal, 22, cedera parah.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku ketika mereka yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, motosikal mereka hilang kawalan lalu terbabas melanggar besi pembahagi jalan.

“Kemalangan mengakibatkan Muhamad Safuan Azran meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Muhaimin yang membonceng motosikal tersebut parah.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat dan mangsa yang parah dirujuk ke hospital sama untuk rawatan kecemasan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini