LONDON 24 April- Seorang lelaki maut setelah diserang oleh sekumpulan individu tidak dikenali di Harlesden, di sini.
Mangsa yang berusia 21 tahun maut di tempat kejadian kerana cedera parah akibat ditikam.
Menurut sumber, lelaki tersebut sempat meminta pertolongan selepas diserang.
Memuatkan artikel berkaitan…
Perkhidmatan Ambulans London tiba di lokasi kejadian sekitar 9 malam dan sempat merawat mangsa sebelum beliau disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.47 pagi.
Polis dalam pada itu mengesahkan setakat ini tujuh lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan tersebut berjaya diberkas.-AGENSI










