IPOH 17 April – Seorang pekerja kuari yang dilaporkan hilang semasa menjala ikan di Sungai Kinta berhampiran Taman Tasek Bakti dekat sini ditemukan mati lemas semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd. Subri Hussin berkata, mangsa, Abu Bakar Ahmad, 46, dijumpai di dasar sungai tersebut dalam keadaan terbelit jala oleh anggota bomba pada pukul 11.50 malam. Katanya, mayat mangsa dijumpai pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi pencarian bermula. “Pihak…










