Lelaki ditahan selepas cuba bawa masuk petrol ke dalam gereja - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan selepas cuba bawa masuk petrol ke dalam gereja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 18 April – Seorang lelaki ditahan polis selepas cuba membawa masuk dua tin petrol, bahan bakar dan pemetik api ke dalam sebuah gereja di sini, baru-baru ini.

Marc Lamparello, 37, cuba membawa kesemua bahan terlarang itu ke dalam gereja St. Patrick di Manhattan kira-kira pukul 8 malam waktu tempatan sebelum dihalang pengawal keselamatan yang berkawal di pintu masuk gereja tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya Risikan dan kaunter keganasan Jabatan Polis New York, John Miller mengesahkan lelaki itu kini dalam tahanan polis dan sedang disoal siasat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Insiden berlaku beberapa selepas kebakaran di gereja Notre Dame di Paris.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini