KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan memecah masuk rumah seorang majistret pada Ahad lalu. Suspek yang berusia 23 tahun ditahan dalam serbuan sepasukan polis di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud, Atas Tol di sini pada pukul 7.45 petang semalam. Sumber berkata, seorang majistret yang bertugas di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini mendapati rumahnya di Chendering di sini telah…










