TAPAH 3 April – Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan semalam kerana dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Kampung Batu 3 di Temoh dekat sini. Suspek ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada pukul 9 malam setelah dipanggil untuk diambil keterangan ekoran laporan polis yang dibuat bapa mangsa yang juga jiran suspek, kelmarin. Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian menimpa kanak-kanak…










