SUNGAI PETANI 15 April – Gara-gara cemburu akibat dihalang berjumpa kekasihnya yang juga berstatus isteri orang, seorang lelaki bertindak membakar rumah wanita itu yang didiami bersama suaminya di Taman Desa Aman, Sungai Lalang, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi, suspek yang tinggal di taman perumahan sama dipercayai berbuat demikian kerana berang apabila suami kekasihnya itu membawa pulang wanita tersebut ke kampung halamannya di Baling setelah pasangan…










