Lelaki amuk depan bank direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Lelaki amuk depan bank direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Lelaki yang cedera ditembak ketika mengamuk di hadapan sebuah bank di Klang semalam kini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki berkenaan kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini selepas cedera terkena dua das tembakan di perut semalam.

Beliau berkata, keadaan suspek kini dilaporkan stabil dan telah telah dipindahkan ke wad biasa selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, kita belum mengambil keterangan suspek susulan masih di bawah pengaruh dadah.

“Permohonan telah kita buat dan mahkamah telah membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh dadah telah mengamuk selain turut menyerang dua anggota polis dalam satu kejadian di hadapan sebuah bank di Bandar Bukit Tinggi, di sini selepas gagal mengeluarkan wang daripada sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, tindakan lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari Sabah itu membawa padah apabila dia cedera di perut selepas ditembak anggota polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal pihaknya mendapati suspek mempunyai empat rekod berkaitan dadah dan ketika kejadian pihaknya turut merampas satu paket dadah dan sebilah pisau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini