Leclerc tetap positif, walaupun kecewa - Utusan Malaysia

Leclerc tetap positif, walaupun kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAKHIR, Bahrain 1 April – Charles Leclerc hanya mahu melihat dari sudut positif, selepas usahanya memburu kemenangan sulung dalam perlumbaan Formula 1 (F1) berakhir dengan kekecewaan ekoran masalah enjin yang melanda jenteranya sewaktu Grand Prix Bahrain, hari ini.

Pelumba berusia 21 tahun berasal dari Monaco itu, muncul sebagai bintang sukan sedang meningkat naik setelah menjadi pemandu termuda yang menempah petak hadapan dalam sejarah Ferrari, tetapi pada ketika saingan berbaki 10 pusingan, Leclerc berdepan masalah enjin yang hilang kuasa dan menyebabkan dia sekadar menamatkan aksi di kedudukan ketiga.

Gandingan Mercedes, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas sekali lagi melengkapkan perlumbaan, musim ini, di kedudukan pertama serta kedua .

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara jujurnya, bagaimana perasaan saya terhadap jentera, saya pada awalnya memang menjangkakan kereta saya akan mengalami masalah selepas beberapa pusingan. Tetapi, itu bukan menjadi persoalannya sekarang dan kami masih mampu menamatkan aksi di tempat ketiga.

“Sepanjang hujung minggu, banyak perkara positif telah berlaku. Selepas Australia, kami ketinggalan agak jauh. Sekarang, saya fikir kami sudah mula mendapat kelajuan yang dimahukan.

“Kami datang ke sini dengan jentera bagus, yang mana ia sangat positif untuk pasukan dan membuktikan mereka telah melakukan tugas yang cukup mengagumkan. Kehilangan kedudukan pendahulu dengan cara sebegini memang malang dan amat mengecewakan,” kata Leclerc.

Bagaimanapun, anak muda itu berkata, keputusan tersebut bukanlah kejutan terburuk dalam karier perlumbaannya.

“Ia tidak terlalu teruk. Formula 2 di Monaco pada 2017, mungkin yang paling buruk pernah terjadi dalam karier saya,” jelasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini