KULIM 16 April – Nasi kandar, hidangan nasi yang disajikan dengan kepelbagaian kuah kari dan lauk merupakan antara makanan cukup popular di negara ini terutama di negeri-negeri utara Semenanjung. Bagi penggemar nasi kandar, mereka sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya terutama di restoran-restoran yang sudah terkenal dengan keenakan makanan itu. Namun, sebuah gerai di sini yang turut menawarkan nasi kandar, memiliki aura tersendiri apabila berjaya membuatkan pelanggan beratur panjang walaupun hanya…










