PUTRAJAYA 26 April – Kementerian Kewangan akan menyediakan peruntukan tambahan dianggarkan berjumlah RM42 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk menyelaras pembayaran bantuan musim tengkujuh kepada 70,000 pekebun kecil di negeri itu. Menterinya, Lim Guan Eng berkata, ini berikutan persetujuan kementerian untuk meluluskan rayuan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) agar takrifan pekebun kecil di negeri itu merangkumi pengusaha getah dengan keluasan kebun enam hektar dan ke bawah. “Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan…










