PULAU PINANG 17 April – Lebih 68 buah motosikal musnah dalam kebakaran di kawasan parkir sebuah apartmen di Taman Alor Vista Relau, Bayan Lepas, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.51 pagi itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri berkata, ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan lebih 68 buah motosikal di tempat pakir motosikal apartment tersebut.…










