PASIR GUDANG 4 April – Setiap tahun apabila tiba bulan Februari pastinya rakyat negeri ini dan khususnya penduduk sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang akan menanti penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Festival pelancongan peringkat antarabangsa yang kini sudah memasuki kali ke-24 penganjurannya itu diadakan pada ketika musim tiupan angin berada pada kemuncaknya bagi memastikan setiap layang-layang dapat diterbangkan. Pastinya keadaan itu memberi…










