Lawatan PM kukuhkan hubungan perdagangan Malaysia - China - Utusan Malaysia

Lawatan PM kukuhkan hubungan perdagangan Malaysia – China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING – Usaha meningkatkan lagi hubungan perdagangan antara Malaysia dan kuasa ekonomi dunia, China akan terus diperhebatkan ketika lawatan kerja lima hari Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke negara ini bermula hari ini.

Mahathir yang dijangka tiba di sini pada 8 malam ini, akan turut menyaksikan beberapa majlis pemeteraian perjanjian dan memorandum persefahaman antara kedua-dua negara tersebut.

Menurut Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di China, Nuryante Mohd. Yazid, Perdana Menteri dan rakan sejawatnya Li Keqiang akan menyaksikan dua perjanjian persefahaman selepas kedua-dua pemimpin itu bertemu petang esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, perjanjian persefahaman itu membabitkan usaha meningkatkan perdagangan dan kerjasama minyak sawit antara Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Dewan Perniagaan China bagi Import Eksport Makanan, Produk Asli dan Produk Sampingan Haiwan.

Satu lagi perjanjian bertujuan meningkatkan kerjasama dalam pembangunan kawasan perindustrian, infrastruktur, industri hab logistik dan pembangunan berorientasikan transit berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Memorandum persefahaman itu melibatkan China Communication Construction Company (CCCC) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),” kata Nuryante pada sidang media kepada wakil media Malaysia di pejabat kedutaan itu, hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini