KUALA LUMPUR – Lawatan kedua Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke China bertujuan meletakkan hubungan dua hala Malaysia-China ke dalam perspektif yang lebih luas pada masa hadapan, kata Persatuan Perniagaan China-ASEAN (Caba). Presidennya, Tan Sri Lim Gait Tong berkata, penghormatan tertinggi yang diterima oleh Mahathir semasa pertemuan beliau dengan Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang telah membuktikan ikatan yang telah diperkukuhkan bagi arah hubungan ke hadapan,…










