PUTRAJAYA 17 April – Sebanyak lapan terma rujukan digunakan dalam sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis yang bermula hari ini. Pengerusi RCI tersebut, Tun Arifin Zakaria berkata, antara terma itu adalah meneliti semua dokumen dan bukti berkaitan kes penemuan kes itu serta menyiasat kejadian. “Selain itu mengenalpasti implikasi terhadap negara selepas kejadian, mengesyorkan tindakan serta penambahbaikan boleh diambil…










