PUTRAJAYA – Sebanyak lapan terma rujukan digunakan dalam sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis yang bermula hari ini. Pengerusi RCI tersebut, Tun Arifin Zakaria berkata, lapan terma itu antara lain menggariskan semua dokumen dan bukti berkaitan kes penemuan kes itu diteliti. Jelasnya, selain itu, terma rujukan tersebut ialah menyiasat kejadian penemuan kem penempatan sementara dan kubur Wang Kelian…










