Lang Merah terbang ke Jepun - Utusan Malaysia

Lang Merah terbang ke Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Selepas menjalin kerjasama dengan kelab Liga Perdana Inggeris dan Liga Australia (Liga-A), Kedah terus mengorak langkah agresif dalam usaha membangunkan bola sepak negeri itu dengan beralih kepada Liga Jepun (Liga J).

Semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Liga J, Minoru Takehara yang juga pemilik kelab Sagan Tosu dalam siri lawatannya ke China dan Jepun.

Pertemuan yang diadakan di Tokyo itu turut dihadiri bekas bintang Piala Dunia Sepanyol, Fernando Torres yang kini beraksi buat Sagan Tosu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara yang dibincangkan adalah cadangan pembangunan bola sepak dengan Jepun bagi dimanfaatkan oleh pengurusan dan juga bakat muda di Kedah.

Pertemuan tersebut adalah langkah awal untuk memulakan kerjasama pembangunan bola sepak bersama kelab Sagan Tosu, tulis KFA dalam Facebook rasmi mereka.

Sebagai menghargai kunjungan Mukhriz, yang juga Menteri Besar Kedah, Takehara bercadang untuk ke Kedah sebagai lawatan rasmi Sagan Tosu dan wakil Liga J sebelum memuktamadkan kerjasama yang dirancang.

Kerjasama dengan kelab Liga J adalah usaha terbaru KFA untuk membangunkan bola sepak negeri itu selepas mereka sebelum ini turut bekerjasama dengan Cardiff City dan kelab Liga-A, Perth Glory FC.

Hasil dari kerjasama pembangunan bola sepak sebelum ini, 14 pemain dan seorang jurulatih telah mendapat manfaat dengan program latihan selama sebulan bersama kelab profesional antarabangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini