SHAH ALAM 30 April – Kedah boleh dikatakan sudah sebelah kaki untuk mara ke separuh akhir Piala FA selepas melakar kemenangan selesa 3-1 ke atas PKNS FC dalam suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. Skuad Lang Merah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 menerusi penyerang dari Sepanyol, Fernando Rodriguez yang menyudahkan umpanan Farhan Roslan. Juara Piala FA 2017 itu terus menggandakan jaringan hasil…










