PARIS 29 April – Bintang Republik Czech, Petra Kvitova mengetepikan pesaing utamanya, Simona Halep dari Romania bagi menduduki tangga kedua dalam ranking terbaharu Persatuan Pemain Tenis Wanita (WTA) hari ini.
Kejayaan muncul juara Stuttgart WTA, minggu lalu iaitu kemenangan pertamanya di atas gelanggang tanah liat tahun ini membantu pemain berusia 27 tahun itu memperbaiki kedudukan.
Kvitova kini hanya dipisahkan dengan 136 mata di belakang pemain No. 1 dunia, Naomi Osaka dari Jepun yang tersingkir pada separuh akhir dalam kejohanan Stuttgart. – AFP
RANKING TERBAHARU WTA
———————
1. Naomi Osaka (JPN) 6151 mata
2. Petra Kvitova (CZE) 6015
3. Simona Halep (ROU) 5682
4. Angelique Kerber (GER) 5220
5. Karolina Pliskova (CZE) 5111
6. Elina Svitolina (UKR) 4921
7. Kiki Bertens (NED) 4765
8. Sloane Stephens (USA) 4386
9. Ashleigh Barty (AUS) 4275
10. Aryna Sabalenka (BLR) 3520
11. Serena Williams (USA) 3461
12. Caroline Wozniacki (DEN) 3362
13. Anastasija Sevastova (LAT) 3185
14. Madison Keys (USA) 3010
15. Anett Kontaveit (EST) 2965
16. Qiang Wang (CHN) 2812
17. Julia Grges (GER) 2630
18. Elise Mertens (BEL) 2580
19. Belinda Bencic (SUI) 2540
20. Garbine Muguruza (ESP) 2525
smr/sha/cw











