Kunjungan hormat KPN pasca persaraan - Utusan Malaysia

Kunjungan hormat KPN pasca persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Ketua Polis Negara mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Jalan Duta, di sini hari ini.

Majlis mengadap yang berlangsung selama setengah jam itu turut disertai oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abd. Rahim Jaafar dan Ketua Urus Setia KPN, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf.

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menerusi muat naik di laman Facebook rasminya berkata, kehadirannya di Istana Negara merupakan kunjungan hormat perpisahan sebelum beliau dijadualkan bersara, Jumaat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi menjunjung kasih tuanku!

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin yang telah sudi menerima kunjungan hormat perpisahan saya di pejabat beliau di Putrajaya, tadi. Amat-amat saya hargai Tan Sri,” katanya.

Semalam, Fuzi turut melakukan kunjungan hormat perpisahan di pejabat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana telah menerima kunjungan hormat perpisahan saya.

“Saya amat berbesar hati dapat berkhidmat di dalam PDRM selama 35 tahun dan menerajui pasukan bagi tempoh setahun tujuh bulan. Semoga jalinan ukhuwah antara kita kekal bersemi selamanya. InsyaAllah,” tulisnya dalam muat naik status Facebooknya, semalam.

Mohamad Fuzi, 59 yang mula berkhidmat dengan PDRM pada 8 Januari 1984 dijangka akan mengakhiri tugasnya pada hari Jumaat ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini