KUALA LUMPUR 26 April – Anugerah tertinggi Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) 2018 Malaysia Press Institute (MPI)-Petronas, Hadiah Kajai 2018 akhirnya milik Kumpulan Utusan menerusi karya dua wartawan Kosmo!, Ahmad Mustakim Zulkifli dan Luqman Ridhwan Mohamed Nor. Kedua-dua wartawan akhbar kompak itu menghasilkan beberapa penulisan berkaitan kewartawanan alam sekitar yang bertajuk Selangor diancam pencemaran kilang plastik, pencemaran sisa plastik, penguatkuasaan lemah punca aktviti sukar dikekang dan polemik lambakan sisa plastik beracun. …










