KUALA LUMPUR 26 April – Kementerian Belia dan Sukan sepatutnya memberi fokus menyelesaikan tekanan kos sara hidup yang tinggi dalam kalangan rakyat dan bukannya sibuk menyediakan hiburan seperti K-pop ketika ini. Penegasan itu dilakukan Naib Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Muhammad Azwan Marukum yang turut mempersoalkan sama ada cadangan membawa kumpulan K-pop, BTS ke Malaysia oleh kementerian itu adalah satu keperluan ataupun hanya kehendak semata-mata. Menurut Muhammad Azwan, cadangan Menterinya,…










