SERAMAI 771 pelajar cemerlang program pendidikan selepas sekolah, Kumon Malaysia diraikan pada satu majlis di Putrajaya baru-baru ini. Sempena majlis tersebut, Kumon Malaysia menganjurkan Forum Pelajar Cemerlang (ASF) bagi mengiktiraf pelajar yang telah berjaya melangkau gred persekolahan mereka serta penuntut yang telah melengkapkan program matematik atau bahasa Inggeris masing-masing sehingga ke tahap O dan L. Kumon Malaysia merupakan program pendidikan Matematik dan Bahasa Inggeris yang bertujuan mencungkil potensi pelajar berusia…










