'Ku sangka tali rupanya ular' - Utusan Malaysia

‘Ku sangka tali rupanya ular’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP 9 April – Seorang lelaki terkejut apabila objek panjang yang disangka tali rupa-rupanya seekor ular tedung selar yang melingkar pada alang sebuah bangsal di Kampung Bukit Naka, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, lelaki terbabit yang berusia 20 tahun sedang mencari besi buruk di sekitar bangsal berkenaan.

Pegawai Pertahanan Awam daerah, Leftenan (PA) Mohd. Shukri Shuib berkata, Pusat Kawalan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.20 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…
'Ku sangka tali rupanya ular'
‘Ku sangka tali rupanya ular’ 

“Lelaki itu menyedari kehadiran ular tersebut ketika sedang mencari besi buruk di sekitar bangsal yang menempatkan barangan terpakai.

“Ular tedung selar yang disangka tali ditemukan melingkar pada alang kayu bumbung di atas kepala lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

'Ku sangka tali rupanya ular'
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang berusaha menangkap seekor ular tedung selar yang ditemukan di sebuah bangsal di Kampung Bukit Naka, Padang Terap, Kedah, hari ini. – UTUSAN ONLINE/ Ihsan APM

Tambah Mohd. Shukri, tiga anggota APM yang bergegas ke lokasi mendapati reptilia itu berada antara alang bangsal dan penutup enjin kereta terpakai.

“Anggota mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menangkap ular tersebut yang agresif selain berada di tempat yang sukar untuk ditangkap,” ujarnya.

Tambah beliau, reptilia sepanjang empat meter dengan berat enam kilogram itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini