PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah menafikan hak murid kaum India untuk mempelajari bahasa Tamil di peringkat menengah. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini susulan laporan akhbar Malaysia Nanban pada 5 April bertajuk “Mengapakah Bahasa Tamil dipinggirkan” yang disifatkan KPM sebagai tidak berasas, kementerian itu berkata, mata pelajaran bahasa Tamil ditawarkan sebagai mata pelajaran tambahan kepada murid yang berminat untuk mempelajari bahasa tersebut di sekolah menengah kebangsaan (SMK). “KPM…










