KPJ Tawakkal bantu atlet paralimpik negara - Utusan Malaysia

KPJ Tawakkal bantu atlet paralimpik negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Hospital Pakar Tawakkal KPJ (KPJ Tawakkal) menganjurkan pertandingan golf untuk mengumpul dana bagi membantu atlet paralimpik di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Tawakkal, Muhammad Badri Hussin berkata, usaha dilakukan pihaknya selepas melihat kejayaan berterusan yang diraih atlet paralimpik di peringkat antarabangsa.

“KPJ Tawakkal sentiasa bersama rakyat untuk menyokong dan ingin menyumbang kepada kecemerlangan sukan paralimpik negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berharap hasil kutipan dana yang diperoleh daripada pertandingan itu dapat membantu persatuan tersebut membeli peralatan keperluan untuk kegunaan atlet paralimpik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pertandingan tersebut diadakan di IOI Resort City Putrajaya ahad lalu seiring dengan sambutan ulang tahun KPJ Tawakkal yang ke-35 pada tahun ini.

Muhammad Badri menambah, sempena ulang tahun hospital itu, KPJ Tawakkal memperkenal satu inisiatif baharu iaitu pakej ‘Special 35’ kepada orang ramai.

“Pakej itu terdiri daripada lima inisiatif utama antaranya 35 jenis ujian darah, 35 peratus diskaun melalui pakej pemeriksaan khas, tambahan 35 peratus diskaun bagi pakej fisio selepas pembedahan dan bilik percuma bagi ibu berusia 35 tahun,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini