KLANG 3 April – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor telah merampas 1,334 unit beg tangan wanita tiruan jenama Longchamp dan Hermes dianggarkan berjumlah RM38,063 melibatkan empat premis di sekitar Klang di sini semalam. Ketua Penguatkuasa negeri, Azizan Abdullah berkata, serbuan dilakukan secara berasingan di empat buah premis itu dilakukan secara berasingan bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari. “Serbuan dilakukan adalah hasil maklumat dan risikan yang…









