Konstabel maut motosikal langgar lori tanah - Utusan Malaysia

Konstabel maut motosikal langgar lori tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR – Seorang anggota polis berpangkat Konstabel maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah lori membawa muatan tanah merah di Kilometer 232, Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara di sini awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 1.11 pagi itu, mangsa, Muhammad Nadzrul Nadzri, 25, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa sedang dalam perjalanan ke utara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba di tempat kejadian, motosikal dipandu mangsa yang merupakan anggota di Balai Polis Sentral, Ipoh itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang kiri sebuah lori muatan tanah merah yang berada di lorong kiri laluan sama.

“Akibat rempuhan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dialaminya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Razali, pemandu lori berusia 36 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan teruk di bahagian kepala dan patah pelbagai tulang,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini