KUALA LUMPUR 2 April – Soalan mengenai Felcra menjadi tumpuan utama sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini apabila pembangkang mempersoalkan mengapa bantuan sara hidup peserta Felcra ditangguhkan. Ketika memberikan soalan itu kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) bertanya mengapa kerajaan komited terhadap pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) namun bantuan kepada peserta Felcra diabaikan. Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi…










