KUALA LUMPUR 10 April – Orang ramai khususnya penggemar buku yang ingin mencari buku secara santai dipelawa untuk ke Pasar Buku Bangi di tempat letak kenderaan berbumbung, Perpustakaan Awam Bandar Baru Bangi, Sabtu ini.
Pasar berkenaan yang dibuka dari pukul 10 pagi hingga 4.30 petang itu menyediakan pelbagai koleksi buku yang terhad, langka, istimewa dan terpilih.
“Buku-buku yang terdapat di sini semuanya dibawa daripada para pengumpul buku yang memahami dan mengerti jiwa penggemar buku yang sukar didapati di tempat lain,” kata penganjur dalam satu kenyataan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 019-397 4889 atau layari Facebook Pasar Buku Bangi. – UTUSAN ONLINE









