JAKARTA 25 April – Data masuk pada kiraan rasmi undi Komisi Pemilihan Umum (KPU) telah mencapai 34 peratus setakat ini dengan pasangan calon pilihan raya Presiden (pilpres) nombor satu, Joko Widodo (Jokowi)-Ma’ruf Amin masih unggul mengatasi pencabarnya, Prabowo Subianto-Sandiaga Uno.
Lapor Detik News, hasil semakan di laman pemilu2019.kpu.go.id setakat puku 4.24 petang hari ini mendapati, KPU telah menerima kemasukan data pengundian daripada sebanyak 276,999 pusat pengundian atau bersamaan 34 peratus.
Berdasarkan kiraan rasmi KPU, Jokowi-Ma’ruf meraih 29,207,311 undi (56.11 peratus) manakala Prabowo-Sandiaga memperoleh 22,850,762 undi (43.89 peratus). – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











