KUALA LUMPUR 14 April – Biarpun mempamer aksi konsisten dalam tempoh dua minggu berturut-turut, namun ia masih tidak dapat memberikan kejuaraan pertama buat Tan Kian Meng-Lai Pei Jing. Selepas cemerlang melangkah ke final badminton Terbuka Singapura semalam, beregu campuran negara itu bagaimanapun kalah mudah 14-21, 6-21 kepada pilihan ketiga dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dalam penentuan gelaran hari ini. Kekalahan itu memusnahkan harapan Kian Meng-Pei Jing untuk merangkul gelaran antarabangsa…










