KUALA SELANGOR 26 April – Kerajaan Selangor memutuskan untuk tidak meneruskan pemberian wang khairat kematian kepada rakyat negeri ini, susulan pelaksanaan pelarasan Skim Mesra Usia Emas (SMUE), bermula 30 April ini. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bagaimanapun berkata, warga emas yang berdaftar di bawah skim itu akan menikmati pemberian baucar Jom Shopping bernilai RM100 setahun. “Langkah itu adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri yang menghargai golongan warga emas dan mahu…










