KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken kembali lagi - Utusan Malaysia

KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken kembali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara bermula esok dan berharga RM8.90 bagi hidangan ala carte.

Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan berkata, KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken juga boleh didapati menerusi hidangan kombo bersama kentang goreng dan minuman Pepsi Black serta hidangan box yang didatangkan bersama seketul ayam.

Katanya, KFC Popcorn Chicken diperbuat sepenuhnya daripada ayam empuk yang kini lebih padat dan enak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap suapan menyajikan kerangupan menakjubkan diiringi sentuhan rempah Hot & Spicy bagi menjamin kepuasan. Bukan sahaja mudah dinikmati di mana sahaja, KFC Popcorn Chicken juga sesuai dipadankan sebagai sampingan bagi melengkapi hidangan-hidangan KFC kegemaran anda yang lain.

“Kami tahu ramai di antara anda yang amat menanti-nantikan kemunculan semula ini Oleh itu, kami amat teruja untuk membawakan kembali Popcorn Chicken dan bagi penggemar kombo Family Feast boleh menikmati hidangan ini sebagai pembelian tambahan hanya dengan RM6,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini