KUALA LUMPUR 2 April – Tanpa kehadiran pasukan bertaraf Pro Tour menyertai Le Tour de Langkawi (LTdL) kali ini, bakal membuka ruang kepada pasukan Pro Benua dan Benua untuk mengunguli perlumbaan jelajah berbasikal terbesar di Asia itu. Dalam senarai terbaharu pasukan bertanding yang dikeluarkan pengurus acara LTdL 2019, Human Voyage Sdn. Bhd., hari ini, tiada penyertaan pasukan Pro Tour bagi kejohanan 2019 dan ia terjadi buat kali pertama sejak 2010.…










