KOTA BHARU 6 April – Barisan pemain Kelantan perlu melupakan segala ‘kontroversi’ yang sedang melanda pasukan sebaliknya kekal fokus dan berusaha mendapatkan mata pada aksi Liga Perdana menentang Sarawak di Stadium Negeri Kuching, petang nanti. Tonggak berpegalaman The Red Warriors (TRW) Mohd. Badhri Radzi atau Piya berkata, pasukannya perlu meraih mata pada perlawanan itu dalam usaha mencari kedudukan terbaik dalam carta liga. Menurutnya, TRW tidak boleh terus keciciran mata kerana…










