Kes babit akaun bapa Jho Low didengar pada 19 Julai - Utusan Malaysia

Kes babit akaun bapa Jho Low didengar pada 19 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Julai bagi mana-mana pihak ketiga yang berhasrat menentang perlucuthakan wang lebih RM48 juta yang dirampas daripada tujuh akaun bank milik Tan Sri Larry Low Hock Peng, bapa ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, untuk hadir di mahkamah.  

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh perbicaraan itu untuk pihak-pihak berkenaan hadir menunjukkan sebab mengapa harta berkenaan tidak boleh dilucuthakkan kepada kerajaan. 

Mohamed Zaini juga bersetuju dengan permohonan pendakwaan supaya mewartakan notis yang mempelawa pihak ketiga hadir mengemukakan alasan terhadap tindakan pelucuthakan itu beberapa hari atau minggu sebelum perbicaraan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat keperluan mewartakan notis supaya sebarang tuntutan diketahui oleh mahkamah sebelum mahkamah dapat mempertimbangan perlucuthakan aset berkenaan,” kata hakim.

Wang yang dibekukan oleh pihak berkuasa dalam akaun Larry Low dipercayai sebahagian daripada penyiasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini