BERTUGAS dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah pasti terbit keinginan untuk terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan khususnya di negara-negara bergolak. Banyak pengalaman yang boleh ditimba. Ini kerana wujud perbezaan ketara dari segi latar budaya dan bahasa. Ia juga satu peluang untuk kita berbudi kepada masyarakat selain di negara sendiri. Itu impian seorang graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Thasra Abdul Rahman yang kini berkhidmat sepenuh masa bersama Islamic Relief Malaysia (IRM). Impian itu tercapai apabila lulusan jurusan Pembangunan Manusia itu dipilih menyertai satu pasukan IRM bagi melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan di Somalia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya