Kerjasama serantau promosi penyelesaian mata wang tempatan - Utusan Malaysia

Kerjasama serantau promosi penyelesaian mata wang tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Bank Indonesia, Bangko Sentral ng Pilipinas dan Bank of Thailand sedang mengkaji kemungkinan untuk mewujudkan Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan antara empat negara.

Empat bank pusat itu menandatangani tiga Surat Hasrat (LoI) dua hala mengenai rangka kerja itu iaitu LoI antara Gabenor Bangko Sentral ng Pilipinas, Benjamin E. Diokno dan Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo;

Selain itu, majlis menandatangani itu turut melibatkan LoI antara Diokno dan Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Yunus dan juga LoI antara Diokno dan Gabenor Bank of Thailand, Veerathai Santiprabhob.

Memuatkan artikel berkaitan…

Empat bank pusat itu dalam kenyataan bersama berkata, Bank Indonesia dan Bank of Thailand bersetuju untuk mula meninjau kemungkinan memperluaskan skop rangka kerja penyelesaian mata wang tempatan mereka yang sedia ada.

“Penggunaan mata wang tempatan dalam menyelesaikan perdagangan dan bidang lain bertujuan mengurangkan kos urus niaga dan risiko tukaran asing terutamanya dalam keadaan ketidaktentuan semasa yang dihadapi oleh mata wang negara-negara maju.

“Tambahan pula, penggunaan mata wang tempatan yang meluas dalam Komuniti Ekonomi ASEAN meningkatkan integrasi ekonomi dan kewangan serta memacu lagi pembangunan pasaran tukaran asing dan kewangan di rantau ini,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×