PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan agenda membanteras rasuah walaupun sokongan terhadap kerajaan dan dirinya sendiri telah merosot. Beliau turut meminta semua jentera kerajaan menolak rasuah dengan jangan mengambil walaupun “satu sen” atau “hadiah-hadiah” seperti membeli rumah pada harga murah. “Harap kita berikrar tidak terlibat dengan rasuah kerana berdosa dan ia salah dari segi undang-undang,” katanya pada majlis perjumpaan dengan lebih…










