Kerajaan perlu segera rangka langkah atasi kenaikan kos makanan - Sultan Nazrin - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu segera rangka langkah atasi kenaikan kos makanan – Sultan Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar kerajaan segera merangka langkah-langkah strategik untuk menangani peningkatan kos bahan makanan.

Baginda bertitah, langkah-langkah strategik tersebut wajib memberi keutamaan terhadap peranan penting serta keperluan kritikal sektor pertanian. 

“Kos bahan makanan yang meningkat semakin membebankan hidup rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keresahan rakyat terhadap kos bahan makanan yang meningkat hendaklah dibaca dengan tepat, ditafsirkan sebagai loceng amaran, memperingatkan kerajaan agar segera merangka langkah-langkah strategik,” titah baginda.

Sultan Nazrin beritah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. 

Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 102 anggota dan tiga pegawai daripada Batalion Pertama Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta diketuai DSP Muhammad Ulul Azmi Muhamed. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini