KUALA LUMPUR – Selain pusat beli-belah, kedai makan dan pejabat, kerajaan perlu mempertimbangkan kempen kesedaran bagi menghalang perbuatan merokok di dalam kenderaan kerana mereka yang melakukan perjalanan dalam satu kumpulan terdedah secara langsung kepada asap rokok basi jika seorang daripada mereka merokok di dalam kenderaan itu. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Mohamed Namazie Ibrahim berkata, beberapa negara seperti Australia, Kanada dan Perancis menguatkuasakan larangan merokok di dalam kenderaan persendirian dengan mengenakan denda…










