Kerajaan negeri jamin perhalusi SOP bina tokong Taman Petaling Indah - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri jamin perhalusi SOP bina tokong Taman Petaling Indah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan memperhalusi Prosedur Operasi Standard (SOP) pembinaan sebuah tokong di Taman Petaling Indah sebelum dibenarkan untuk terus beroperasi.

Wakil penduduk, Datuk Ir. Mohandass S. Nair berkata, jaminan itu diperoleh hasil pertemuan bersama Pengerusi Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio-Ekonomi Dan Kerajaan Prihatin Selangor, V. Ganabatirau di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

“Kami mendapat jemputan untuk bertemu dengan pihak Exco (Ganabatirau) hari ini setelah isu tokong di kawasan perumahan kami disiarkan oleh media.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasilnya, Ganabatirau menjelaskan pihaknya akan mengikut segala SOP yang telah ditetapkan bagi menyelesaikan isu yang semakin memuncak sejak sebulan lalu setelah tokong tersebut siap,” katanya kepada pemberita di hadapan bangunan SUK di sini hari ini.

Mohandass menegaskan, antara lain SOP bagi pembinaan tokong tersebut melibatkan kelulusan pihak Ahli Parlimen Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Jelasnya, SOP itu turut menetapkan sama ada penduduk kawasan membantah pembinaan tokong atau membenarkannya.

Kosmo Online sebelum ini melaporkan kira-kira 200 penduduk Taman Petaling Indah di sini mahu tindakan segera dilakukan MPK berhubung kewujudan sebuah tokong Buddha dipercayai tanpa kebenaran sejak lima bulan di kawasan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini