KUALA LUMPUR 26 April – Kerajaan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) sedang berusaha melonggarkan syarat-syarat pinjaman khususnya kepada mereka yang sukar membuat pinjaman bagi tujuan pembelian rumah. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, usaha tersebut bagaimanapun tidak akan menjejaskan kestabilan sistem kewangan negara dan tanpa meningkatkan tahap keterhutangan isi rumah. “Kerajaan memahami akan kesukaran orang ramai untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah hanya kerana isu-isu tertentu. “Justeru orang ramai digalakkan…










