Kemahiran seperti pertempuran jarak dekat (CQB), penembak tepat, letupan, penyelam tempur dan payung terjun antara kepakaran yang akan dipelajari bagi setiap anggota komando termasuklah anggota GGK. Namun, tahukah anda bagaimana membentuk anggota unit khas Tentera Darat yang benar-benar mantap dan bagaimana seseorang anggota itu dibuat penilaian oleh jurulatih untuk menentukan kepakaran mereka? Ketua Jurulatih Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Leftenan Kolonel Zorkeflee Hassan berkata, kebiasaannya masa yang diambil untuk melatih anggota GGK sebelum mampu melaksanakan sebarang misi adalah selama dua tahun. Katanya, dalam tempoh tersebut, anggota akan mengikuti kursus asas komando…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya