Kenderaan polis terbalik, dua cedera - Utusan Malaysia

Kenderaan polis terbalik, dua cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL 26 April – Dua anggota polis cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 4, Jalan Bahau – Tampin dekat sini hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan yang dipandu anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol dalam perjalanan dari Tampin menghala ke arah Bahau pada pukul 12.45 tengah hari.

Katanya, apabila tiba di satu laluan berselekoh di lokasi kejadian, sebuah kereta dari arah bertentangan telah memasuki laluan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini menyebabkan pemandu kenderaan polis itu terpaksa mengelak ke kanan jalan sebelum terbabas dan terlanggar tebing tanah lalu terbalik.

“Pemandu dan penumpang kenderaan itu mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat serta jalan licin dan kenderaan yang menjadi punca kemalangan itu gagal dikenal pasti.

Katanya, kenderaan polis itu remuk dan rosak di beberapa bahagian dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini